F&N perkenal ‘myCola’ terbaru di Sabah
Posted on 11 December 2012
 

COLA YANG MENEPATI CITARASA TEMPATAN


KOTA KINABALU – Sekiranya anda inginkan sesuatu yang baru dan menyegarkan untuk menbangkitkan citarasa anda, dapatkan myCola, minuman cola berkarbonat terbaru dari F&N yang memberikan rasa dan nilai hebat!

myCola menjanjikan perisa kola popular yang amat digemari ramai pada nilai yang tidak dapat ditandingi, dan ini menjadikannya pilihan mudah bagi memenuhi permintaan mereka yang menginginkan penghilang dahaga yang menyegarkan.

Berdasarkan ujian rasa yang dijalankan terhadap pengguna, keputusannya amat memberangsangkan. Sebanyak 72 peratus dari tinjauan pengguna menyatakan bahawa mereka sukakan myCola berbanding jenama kola utama lain di pasaran, dan 62 peratus pengguna pula turut menyatakan bahawa mereka pasti akan membeli myCola.

Pengalaman selama tujuh dekad dalam pengeluaran dan pengedaran kola untuk jenama kola yang terkenal telah memberikan F&N pengetahuan dan pengalaman luas dalam segmen tersebut, dan kelebihan ini digunakan sebaik-baiknya. myCola diperbuat menepati mutu kualiti  yang sama dan F&N yakin minuman baru ini akan memberi impak dalam pasaran.   

Bermula dengan langkah lain dari yang lain, F&N membuat keputusan untuk melancarkan myCola di Sabah dan Sarawak sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna atas sokongan dan kesetiaan kepada jenama F&N.

 
Bercakap di majlis pelancaran, Lau Cheng Yew, Penolong Pengurus Besar, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd berkata para pengguna di Sabah dan Sarawak adalah yang pertama menikmati minuman myCola yang diperkenalkan dalam saiz tin 325ml dan botol plastik PET 1.5L. 

“F&N memutuskan untuk melancarkan myCola di Sabah dan Sarawak sebagai keputusan perniagaan strategik yang bakal membantu memperkembangkan portfolio minuman berkarbonat di rantau ini. Pada masa yang sama, kami juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pengguna kami di sini yang terus memberi sokongan padu kepada semua produk kami.”

“Kami berharap untuk sekali lagi memberikan komitmen terhadap pasaran ini serta meyakinkan pengguna di sini bahawa mereka sentiasa memainkan peranan penting  di dalam semua usaha inovasi produk kami.”

“Tambahan lagi, pengguna di sini lebih menggemari produk kola, dan ini menyediakan sebuah pasaran progresif yang akan terus memperlihatkan pertumbuhan menggalakkan dalam segmen minuman berkarbonat,” ujar Lau.

Lau turut menambah bahawa myCola melengkapkan rangkaian Fun Flavours F&N dengan perisa kegemaran ramai seperti F&N Outrageous Orange, F&N Groovy Grape dan F&N Sarsi, serta Clearly Citrus, perisa limau nipis dan lemon yang dilancarkan tahun lepas.

“Dengan memperkenalkan myCola di pasaran, kami kini menawarkan pilihan minuman lengkap kepada pengguna meliputi rangkaian perisa yang popular. Malah, pengguna juga boleh berasa yakin akan rasa hebat dan kualiti bermutu  yang sama dari F&N yang telah dinikmati selama empat generasi.” 

myCola bermatlamat untuk memperluaskan rangkaian pilihan minuman kola buat pelanggan, dan pada masa yang sama, menerajui pertumbuhan segmen kola di rantau ini.

Sempena pelancaran myCola, F&N akan menjalankan aktiviti persampelan di pelbagai pasaraya utama terpilih di Sabah dan Sarawak sehingga awal 2013. Pengguna juga digalakkan untuk mencuba produk minuman ini melalui program pertukaran yang memerlukan pengguna membawa tin atau botol kosong sebarang jenama kola untuk ditukarkan untuk setin myCola.

myCola kini boleh didapati di semua pasaraya utama dan kedai runcit di seluruh Sabah dan Sarawak dalam tin 325ml dan botol plastik PET 1.5L, masing-masing pada harga RM1.30 dan RM3.10.

MENGENAI F&N BEVERAGES MARKETING SDN BHD
F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (FNBM) dan F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd (FNBMfg) (secara kolektifnya dikenali sebagai F&N Beverages) kedua-duanya membentuk bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd. F&N Beverages adalah pengedar dan pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia dan mempunyai tenaga pekerja seramai kira-kira 1,400 pekerja di 23 buah pejabat di seluruh negara. Syarikat mengendalikan empat kilang pengeluaran di seluruh negara, termasuk sebuah kilang serba canggih di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor. FNBM mengedar produk-produk F&N yang terdiri daripada 100PLUS, F&N Fun Flavours, SEASONS, Fruit Tree, Zesta, Air Mineral Ice Mountain serta Kordial F&N. F&NBM juga turut mengedar produk Red Bull di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fnbm.com.my


«  Back