SJK (C) Perempuan Cina & SMK (P) Methodist Juara Edisi Pertama “Kempen Kitar Semula F&N Beverages dan MPPP”
Posted on 06 November 2012
 
Pulau Pinang – Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus mengutip dan mengumpul bahan-bahan seperti kertas, botol plastik dan tin aluminum untuk dikitar semula, sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya (PPDBD) dan Timur Laut (PPDTL) akhirnya menerima habuan apabila berjaya mengumpul sejumlah 22,372.8 kg bahan tersebut didalam edisi pertama Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah F&N Beverages dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah F&N Beverages and Majlis Perbandaran Pulau Pinang dianjurkan bersama oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (F&NBM) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP) untuk mendidik pelajar tentang pentingnya amalan kitar semula.

Kempen dibahagi kepada dua kategori, iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dimana sekolah-sekolah dikehendaki mengutip dan mengumpul bahan-bahan buangan seperti tin aluminium, botol plastik dan kertas untuk dikitar semula.  Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM14,800 yang ditawarkan. Pemenang-pemenang dikenalpasti berdasarkan kutipan purata paling tinggi (jumlah kutipan (kg) bahagi jumlah murid)di setiap sekolah.

S.J.K. (C) Perempuan China muncul sebagai juara dalam kategori sekolah rendah dengan mengumpul 4,715kg dan memenangi hadiah pertama RM1,300, diikuti oleh S.K. Sungai Pinang di tempat kedua dan S.J.K. (C) Chung Shan di tempat ketiga dan menerima RM1,100 dan RM900 masing-masing.  Melengkapkan lima tempat teratas adalah S.J.K. (C) Sin Kang di tempat keempat, membawa pulang RM800 manakala S.K. Permatang Damar Laut di tempat kelima sekaligus memenangi RM700.

Dalam kategori sekolah menengah, S.M.K. (P) Methodist berjaya mengumpul 3,287.5kg untuk muncul juara dan membawa pulang RM1,300 sebagai hadiah tempat pertama.  Sekolah tersebut juga berjaya menggondol Anugerah Khas kerana  mengumpul jumlah plastik tertinggi sekaligus menerima hadiah tambahan RM600.  Tempat kedua dan ketiga disandang oleh S.M.K. Tanjong Bunga dan S.M.J.K Sacred Heart yang menerima RM1,100 dan RM900 masing-masing.
 

S.M.K Pondok Upeh menerima hadiah RM800 bagi tempat keempat dan hadiah tambahan sebanyak RM600 bagi Anugerah Khas kerana berjaya mengumpul jumlah aluminium tertinggi. S.M.K (P) St. George melengkapkan lima tempat teratas dengan membawa pulang  RM700 untuk hadiah tempat kelima.

Usaha F&N Beverages untuk membantu melindungi alam sekitar dan mendidik pelajar-pelajar tentang kepentingan amalan kitar semula telah membolehkan kempen ini diperluaskan ke sekolah-sekolah di Pulau Pinang setelah melihat kejayaan penganjuran “Kempen Kitar Semula F&N Beverages & MBSA” di Shah Alam, Selangor yang telah masuk ke tahun keenam berturut-turut.

Dalam ucapannya di majlis penutup kempen, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages, Carissa Goh, mengucapkan terima kasih kepada MPPP dan Jabatan Pelajaran Negeri atas sokongan yang menunjukkan dengan jelas komitmen semua terlibat bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Pengetahuan MPPP yang mendalam mengenai pemuliharaan dan penghijauan alam sekitar di seluruh negeri ini menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh kami semua,” kata Goh.

“Kami harap keputusan kempen ini mencerminkan kejayaan para pelajar untuk mempengaruhi anggota keluarga mereka agar lebih prihatin didalam menguruskan sampah mereka.  Ini membuktikan bahawa saranan ‘R’ keempat – iaitu ‘Rethink’ atau Fikir Semula’ benar-benar mencetuskan perubahan,” tambah Goh.

Yang Berusaha Patrick Khoo Poh Aik, Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Pulau Pinang, turut hadir sama di majlis itu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

MENGENAI F&N BEVERAGES MARKETING SDN BHD
F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (FNBM) dan F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd (FNBMfg) (secara kolektifnya dikenali sebagai F&N Beverages) kedua-duanya membentuk bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd. F&N Beverages adalah pengedar dan pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia dan mempunyai tenaga pekerja seramai kira-kira 1,400 pekerja di 23 buah pejabat di seluruh negara. Syarikat mengendalikan empat kilang pengeluaran di seluruh negara, termasuk sebuah kilang serba canggih di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor. FNBM mengedar produk-produk F&N yang terdiri daripada 100PLUS, F&N Fun Flavours, SEASONS, Fruit Tree, Zesta, Air Mineral Ice Mountain serta Kordial F&N. F&NBM juga turut mengedar produk Red Bull di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fnbm.com.my


«  Back