Pemberian F&N untuk Montfort Girls Centre tepat pada masa
Posted on 29 October 2012
 
Susut IT F&N dan pensijilan ICDL perkukuhkan kemahiran ICT pelajar.

Kadang kala kejadian malang yang menimpa kita membawa seribu rahmat disebaliknya dan ianya benar-benar berlaku kepada para pelajar Montfort Girls Centre apabila tangki air pusat tersebut pecah lalu membanjiri bilik komputer dan memusnahkan kesemua peralatan. Setelah mendapat tahu berita tersebut, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd tampil untuk menghulurkan bantuan.

Sudut IT F&N yang terbaru di Montfort Girls Centre di Shah Alam merupakan pusat ketiga yang dibina oleh F&N Beverages dimana ianya dilengkapi dengan 14 buah komputer baru, pencetak dan kemudahan internet bernilai RM25,000.

Selain itu, F&N Beverages juga akan terus menaja pelajar-pelajar Montfort untuk mengikuti program International Computer Driving License (ICDL) setelah melihat kejayaan pusat pertama di Montfort Boys Town di Shah Alam pada 2010 dan yang kedua di Montfort Youth Centre di Melaka awal tahun ini. Sehingga kini, sejumlah 75 pelajar telah memperolehi akreditasi ICDL.
Bercakap di perasmian Sudut IT F&N, Cariessa Goh, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages menerangkan bahawa penajaan pelajar-pelajar Montfort untuk mengikuti program ICDL adalah untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang bernilai, sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka agar mampu mendapatkan pekerjaan sejurus selepas tamat pengajian kelak.

"Sudut IT F&N dan ICDL berfungsi secara seiringan didalam melengkapi antara satu sama lain," tambah Goh.

Program akreditasi ICDL merupakan sutu penanda aras kepada tahap kemahiran komputer seperti pemahaman konsep asas teknologi maklumat, penggunaan komputer dan penggurusan fail, pemprosesan perkataan, penggunaan hamparan elektronik (spreadsheet) dan pangkalan data, program persembahan serta maklumat dan komunikasi. Program ICDL diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pensijilan kemahiran komputer yang disokong oleh kerajaan-kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa serta syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Sudut IT F&N juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus reka bentuk grafik dan multimedia di Montfort.

Goh menyaran agar pelajar-pelajar Montfort supaya mengambil peluang sebaik-baiknya dengan memanfaatkan Sudut IT F&N untuk membantu pembelajaran mereka dan menimba ilmu sebanyak mungkin dengan hanya satu klik tetikus.
"Walaupun kebanyakan pelajar sekolah hari ini terdedah kepada komputer dan mempunyai akses kepada sekurang-kurangnya satu komputer serta mencapai kecekapan menggunakan komputer pada usia yang sangat muda, kami juga sedar ada ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang tidak mempunyai peluang yang sama," kata Goh.

Montfort Girls Centre ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2006 dan mampu menampung sehingga 150 pelajar. Prinsip penubuhan adalah sama seperti Montfort Boys Town dimana ianya menerima pelajar-pelajar prempuan kurang bernasib baik dengan objektif mendidik dan melatih mereka untuk menjadi individu yang baik dilengkapi dengan kemahiran yang bernilai di dalam industri pekerjaan sekaligus menyumbang kepada tenaga kerja negara.

Pengarah Montfort Boys Town, John Albert mengalu-alukan dan menghargai F&N Beverages atas sokongan berterusan mereka. "Usaha murni bagi memperkasakan remaja yang diwarisi oleh adik-beradik St Gabriel dan Canossian ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa kemurahan hati warga korporat dan sumbangan kewangan penderma individu," tambah Albert.

F&N, sebuah pengeluar minuman ringan terkemuka di Malaysia, memulakan inisiatif komuniti ini sebagai lanjutan kepada program pendidikan mereka yang lain untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Ini termasuk penubuhan Bilik Integrasi Sensori F&N di sekolah-sekolah untuk memenuhi keperluan pelajar istimewa dan Sudut Iqra F&N untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah.


«  Back