Finalis-finalis bersaing untuk hadiah utama Peraduan Ceria Raya bersama F&N
Posted on 28 August 2015
 

Hari Raya sinonim dengan kemeriahannya dan juga masa untuk berkongsi kegembiraan. Oleh itu, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia, F&N Beverages & Marketing Sdn. Bhd., meraikan perayaan tahun ini dengan peraduan bersama pengguna-pengguna setianya; khususnya bagi lima (5) orang individu bertuah yang merupakan finalis-finalis  Peraduan Ceria Raya Bersama F&N.
 
Mereka dipilih untuk bersaing dalam acara kemuncak peraduan tersebut di Sunway Pyramid. Mereka berlima bersaing untuk merebut hadiah-hadiah yang hebat serta peluang untuk membawa pulang Hadiah Utama, iaitu sebuah rumah impian  bernilai RM1 juta.
 
Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages ketika mengulas tentang kejayaan Peraduan Ceria Raya bersama F&N berkata, "Tahun ini, kami mahu melakukan sesuatu yang berbeza untuk Hari Raya. Kami mempunyai ramai pengguna F&N yang telah menyokong kami selama bertahun-tahun, dan kami membuat keputusan untuk menganjurkan peraduan tahun ini untuk menunjukkan penghargaan kami."
 
"F&N mempunyai pelbagai minuman yang boleh memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami yang berbeza terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, F&N SEASONS NutriSoy yang penuh dengan kebaikan soya sesuai untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan dan 100PLUS sebagai minuman isotonik yang membantu untuk menghidrasi badan selepas berpuasa sepanjang hari. Tidak lupa juga minuman perayaan yang wajib ada semasa sambutan Raya, F&N Fun Flavours yang menyegarkan, boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.. Selain daripada itu, kami juga mempunyai pilihan lain juga seperti F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea, OISHI, est Cola dan juga produk baharu kami – Coco Life, "katanya.

 
  
 
Wong menjelaskan rasional di sebalik memilih rumah impian sebagai hadiah utama dengan berkata: "Adalah menjadi impian buat semua untuk memiliki sebuah rumah, yakni, kami mahu memberi pengguna-pengguna setia kami peluang untuk memiliki sebuah rumah baru! Bukan itu sahaja - dua buah kenderaan, iaitu sebuah MPV dan sebuah Sedan, serta sistem teater rumah tercanggih dan hadiah tunai turut disediakan untuk finalis-finalis kita."
 
Pemenang Hadiah Pertama yang beraksi cemerlang dalam melaksanakan cabaran-cabaran iaitu Hadayati Binti Jamil, 41 tahun dari Shah Alam, Selangor, berkata dengan teruja: "Cabaran-cabaran hari ini memang tidak mudah, tetapi saya berasa gembira kerana puas hati dengan pencapaian saya! Memenangi sebuah Innova merupakan bonus besar kepada saya sebab saya tidak jangka dapat mencapai sejauh ini. Semestinya saya berharap untuk memenangi rumah, tetapi saya tetap berasa gembira dengan kereta serba baru ini! Perkara pertama yang saya akan lakukan apabila saya dapat kereta ini adalah untuk membawa ahli keluarga saya untuk makan angin bersama-sama, menjelajahi seluruh Malaysia! Terima kasih F&N!"
 
Nadia Binti Mohamad Nasir, 27 tahun dari Seri Kembangan, Selangor memenangi Tempat Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T yang bernilai RM63,000 berkata, "Keluarga saya memang sentiasa meminati minuman F&N dan untuk Raya tahun ini, kami membeli stok pelbagai minuman F&N supaya saudara-mara dan rakan-rakan yang melawat kami mempunyai pilihan minuman yang menyegarkan. Saya benar-benar gembira saya berada di sini hari ini untuk bersaing untuk memenangi rumah bernilai RM1 juta!"
 
Fatin Shazwani Binti Hamdan, 26 tahun, dari Ipoh, Perak yang mendapat tempat ketiga, membawa pulang satu set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65", 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000. Wanita yang ceria ini berkata, “Saya berasa amat gembira bahawa saya dipilih sebagai salah seorang finalis hari ini dan semua finalis bersaing sengit dalam cabaran-cabaran. Walaupun saya berharap memenangi hadiah yang lebih lumayan, tetapi saya bersyukur untuk membawa pulang satu set sistem teater rumah yang baru untuk dinikmati bersama keluarga saya.”
 
Sumengdiran Boyle A/L Ularkanazan, berumur 32, dari Pulau Pinang and Chuan Wei Yiaw, berumur 30, dari Cheras, Kuala Lumpur, masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 setiap orang.
 
Lima orang peserta finalis ini akan melalui satu siri cabaran yang melibatkan tugasan mental dan fizikal yang digabungkan dengan elemen keseronokan. Setiap finalis perlu melengkapkan sebanyak 3 cabaran, dan 3 orang peserta dengan mata tertinggi akan meneruskan cabaran ke separuh akhir.  Peserta terakhir pula perlu melalui pusingan akhir untuk memilih sampul surat yang betul dengan tanda menang bagi membawa pulang Hadiah Utama, iaitu sebuah rumah impian.
 
Menurut Jenny Wong, peraduan ini berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015 mendapat sambutan yang amat menggalakkan, jauh melebihi sasaran kerana F&N menerima lebih daripada setengah juta penyertaan. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengambil bahagian; dan setinggi-tinggi tahniah kepada juara kita pada hari ini. Tahniah juga kepada semua finalis yang sudah mencuba sehabis baik ketika bersaing dalam acara kemuncak hari ini." katanya.
 
Jenama yang mengambil bahagian dalam Peraduan Ceria Raya bersama F&N termasuklah 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan OISHI. Ini merupakan kali pertama barisan jenama-jenama F&N terlibat bersama peraduan pengguna seperti ini.
 


«  Back