F&N BEVERAGES EDAR 200,000 TIN EST COLA UNTUK SEGARKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG PADA MUSIM RAYA
Posted on 24 July 2015
 
 

EST Cola, minuman cola terbaru daripda F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, menemani beribu-ribu rakyat Malaysia dalam perjalanan mereka pulang ke kampung untuk berhari raya, menyegarkan 100,000 pengguna jalan raya sambil mengingatkan mereka supaya menjaga keselamatan semasa perayaan besar di seluruh negara.
 
Dianjurkan bersama Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM), kempen ‘Balik Kampung Lebih Segar, Lebih Selamat’ memastikan pemandu sentiasa segar dan berwaspada dalam perjalanan pulang ke kampung dengan 200,000 tin EST Cola dan pemberian ikhlas 1,000 kad Touch ‘n Go yang diedarkan di 20 kawasan rehat dan relaks (R&R) dan pondok tol di seluruh negara.

 
  
 
Dalam usaha untuk mengingatkan pemandu supaya memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan balik kampung, AAM menawarkan pemeriksaan 10-poin percuma ke atas kenderaan di tiga lokasi terpilih, termasuk R&R Elmina (Utara), Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Loke Yew.  Pemeriksaan ini meliputi tekanan dan kehausan tayar, lapik atau minyak  brek, dan juga sambungan terminal bateri dan air.
 
Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Cik Jenny Wong, berkata bahawa Syarikat teruja untuk melancarkan kempen ini pada musim pergerakan terbesar rakyat untuk mengingatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan dan sentiasa berwaspada semasa dalam perjalanan balik kampung dengan minuman cola terbarunya, EST Cola.
 
“Kami gembira kerana dapat memperkenalkan minuman EST Cola pada musim perayaan Hari Raya dan seterusnya, memainkan peranan kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjaga keselamatan mereka semasa dalam perjalanan balik kampung. Dengan sokongan rakan kerjasama kami, TNGSB dan AAM, kami dapat mendekati beribu-ribu pemandu Malaysia untuk mengingatkan mereka tentang pentingnya pemeriksaan kenderaan dan mendapat cukup rehat dan mengekalkan kesegaran sebelum memulakan perjalanan jauh. Menerusi usaha ini, kami harap rakyat Malaysia dapat beraya dengan selamat, segar dan lebih bermakna pada tahun ini,” kata Cik Wong.
 
   
 
Dalam perjalanan balik kampung, orang ramai juga berpeluang menyertai aktiviti menyeronokkan yang dianjurkan di R&R terpilih untuk menyebarkan matlamat kempen dan mempromosikan minuman baru menerusi pemberian EST Cola percuma dan tawaran harga pengenalan istimewa RM1 untuk satu tin EST Cola 325ml.  
 
EST Cola kini boleh didapati di pasaran dan dijangka dilancarkan secara rasmi di seluruh negara pada suku keempat 2015. Untuk maklumat lanjut, sila ke: www.fnbm.com.my  
 
 


«  Back