Semangat Ramadhan Dikongsi Bersama
Posted on 02 July 2015
 
 

Anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah nikmati kemeriahan berbuka puasa

dengan F&N Beverages


Bagi umat Islam, berpuasa dan berbuka di sepanjang Ramadan bukanlah sekadar memenuhi tuntutan agama, namun ia juga merupakan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan yang penuh bermakna. Ahli keluarga mahupun masyarakat berpeluang untuk iftar bersama dan solat berjemaah,  melambangkan signifikan ibadah puasa itu serta menikmati hubungan silaturrahim sambil bersama menanti tibanya Hari Raya.  


Namun bagi 35 anak-anak daripada Rumah Amal Raudhatul Jannah, ia merupakan persekitaran yang jarang mereka rasai memandangkan ada di antara mereka merupakan anak yatim, yang ditinggalkan oleh keluarga mahupun datang dari keluarga yang tidak berkemampuan, di mana bulan ini akan dilalui tanpa kehadiran ahli keluarga mereka.  


Dalam usaha untuk menyemarakkan harapan dan keceriaan di kalangan anak-anak yang tidak bernasib baik serta memastikan ahli masyarakat yang kurang berkemampuan juga tidak ketinggalan dalam meraikannya, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd telah membawa anak-anak daripada rumah tersebut untuk menikmati majlis berbuka puasa yang begitu meriah. 


Terpancar senyuman di wajah anak-anak yang berusia empat sehingga 17 tahun itu apabila dibawa ke Hotel Concorde Shah Alam yang merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan mereka. 


“Kemeriahan bulan yang mulia ini seringkali begitu hambar di kalangan mereka yang kurang berkemampuan, khususnya yang menghadapi kekangan kewangan, serta golongan yatim yang tidak mempunyai ahli keluarga untuk bersama meraikan musim perayaan ini. Melalui usaha kami ini, ingin kami berkongsi keceriaan dan juga harapan di kalangan anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah, serta memastikan mereka turut berpeluang menikmati Ramadan dengan penuh makna,” menurut Cariessa Goh, Pengurus Hal Ehwal Korporat, F&N Beverages. 

  


Selepas seharian berpuasa, anak-anak ini dihidangkan dengan keenakan juadah Melayu yang pelbagai bersama pencuci mulut yang begitu menyelerakan.


Namun malam yang mulia itu tidak terhenti di situ kerana anak-anak itu diberikan kejutan istimewa apabila menerima beg hadiah yang berisi pakaian baru untuk menyambut Hari Raya, lengkap dengan songkok dan selendang, serta duit raya.  

 

Sambil menunggu giliran mereka dengan ceria, anak-anak tersebut naik ke pentas untuk menyambut pemberian istimewa itu daripada Pengerusi  Fraser & Neave Holdings Bhd,  Yang Amat Mulia Tengku Syed Badarudin Jamalullail. Mereka menghulurkan salam kepada Pengerusi F&N dan kembali ke tempat duduk dengan rasa gembira bila mengetahui hadiah istimewa di dalam beg yang diterima.¬ F&N Beverages turut memberi sumbangan berbentuk tunai kepada rumah tersebut. 


Muhammad Azrul Afiq bin Azri, 14, begitu berbesar hati apabila berpeluang untuk berbuka puasa bersama F&N Beverages. “Pada Hari Raya kali ini, saya berhasrat untuk menyimpan duit raya yang diterima, dan membantu ibu bapa saya untuk perbelanjaan rumah. Sumbangan daripada F&N sangat bermakna bagi kami di rumah ini, dan saya sangat gembira dengan pemberian sepasang baju raya yang baru ini,” kata remaja yang juga merupakan pemain bola sepak ini yang tinggal bersama abangnya di rumah itu memandangkan keluarganya tidak berkemampuan untuk menyara mereka. 


Bagi gadis berusia 17 tahun, Nur Az Mizah, ia merupakan bulan Ramadan yang penuh rahmat, dan majlis berbuka puasa dengan F&N Beverages ini menambahkan lagi serinya, walaupun dengan ketiadaan keluarga di sisi.  Sambutan ini membuka matanya melihat harapan yang lebih cerah dengan sokongan masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan oleh F&N Beverages. 


“Saya berbesar hati kerana tahun ini merupakan tahun kedua belas Majlis Berbuka Puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik ini diadakan, sejak tahun 2004. Sebagai jenama kegemaran ramai yang menyentuh kehidupan generasi ke generasi rakyat Malaysia, F&N mempunyai peranan yang besar untuk bermain dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dalam kalangan kita. Kami berharap melaui inisiatif ini, kami dapat menyebarkan keceriaan musim perayaan yang mulia ini serta membantu menyemarakkan semangat anak-anak ini untuk merayakan Hari Raya dengan lebih meriah,” kata Cariessa lagi.


“Kami berasa begitu bersyukur kerana F&N Beverages telah mendekati kami dan menyediakan suasana yang normal, yang mana telah hilang daripada kehidupan mereka. Kami berharap hubungan ini akan berpanjangan untuk tahun-tahun yang akan datang. Memandangkan  Raya hampir tiba, besar harapan kami untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak ini agar mreka juga akan menikmati perayaan ini dengan penuh ceria,” menurut Tuan Haji Zawalajam Haji Mashod, pengurus rumah tersebut.  


Rumah Amal Raudhatul Jannah menempatkan 35 anak-anak daripada golongan yatim atau ditinggalkan keluarga, dan yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Ia ditubuhkan pada Oktober 2011 dan berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sebagai sebuah organisasi kebajikan pada 26 Mac 2015. Ia terletak di Olak Lempit, Banting dan ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan tempat tinggal, penjagaan, ilmu keagamaan, dan pendidikan bagi anak-anak di bawah naungannya.   

Sebagai organisasi yang masih baru, rumah kebajikan ini masih memerlukan sumbangan orang awam dan bantuan bagi terus menyediakan keperluan asas anak-anak jagaannya dan membiayai kos harian seperti bekalan makanan, utiliti, kos pengangkutan harian dan kos penyelenggaraan. Maklumat lanjut berkenaan Rumah Amal Raudhatul Jannah boleh diperolehi di laman www.facebook.com/rumahamal.raudhatuljannah 

 


«  Back