100PLUS MENYERU PARA REMAJA UNTUK SENTIASA DAHAGAKAN CABARAN BERSAMA PELÉ DAN OSCAR
Posted on 29 May 2015
 





KUALA LUMPUR, 29 Mei 2015 – 100PLUS menyambut legenda bola sepak, Pelé dan bintang bola sepak Brazil yand sedang mengukir nama Oscar, ke Malaysia pada Mei 29hb sempena kempen “Yang Hebat Dahagakan Cabaran”. Juga, sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, gergasi minuman ini telah memberi ganjaran berbentuk peluang sekali seumur hidup untuk berjumpa dengan legenda serta prodigi ini kepada 100 pemenang bertuah. 
 
“Melalui kempen “Yang Hebat Dahagakan Cabaran”, kami ingin menggalakkan para remaja untuk sentiasa berusaha dan mengatasi had mereka serta berazam untuk menjadi lebih baik. Siapakah tokoh yang lebih sesuai untuk mencetuskan aspirasi ini kalau bukan bintang handalan bola sepak, Pelé dan Oscar?” komen Khalid Alvi, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. “Ini adalah kali pertama 100PLUS menggunakan duta antarabangsa dan kami begitu teruja kerana berpeluang menyaksikan era baru bagi jenama ikonik ini,” tambah beliau.
 
Pelé dan Oscar adalah duta antarabangsa pertama yang dilantik oleh 100PLUS dan telah dipilih untuk memberi inspirasi kepada para remaja di seluruh negara melalui kempen “Yang Hebat Dahagakan Cabaran”. Berkat kemenangan Oscar dalam liga perdana bersama Chelsea FC baru-baru ini dan status Pelé sebagai pemain bola sepak terulung, kedua-dua bintang handalan ini adalah contoh terbaik bagi mengubah impian menjadi kenyataan melalui usaha gigih, keazaman dan semangat untuk berjaya.
     
 
Dalam lawatan mereka ke Malaysia, 100PLUS memberi peluang rakyat Malaysia bertemu dengan Pelé dan Oscar dan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalanakan di Pusat Konvensyen KL. Oscar telah berkongsi ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam sukan ini melalui Klinik Bola Sepak “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” bersama empat pasukan terbaik dari Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan: SSM Tunku Ismail (Johor), SSM Pahang, SMK Za’ba (Negri Sembilan) dan SMK Putera (Kelantan). Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan adalah kerjasama di antara 100PLUS, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia & Sukan yang bertujuan untuk membentuk bakat bola sepak muda di Malaysia dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif di kalangan para remaja. Sebagai tanda sokongan bagi perkongsian ini, Menteri Belia & Sukan, Y.B. Khairy Jamaluddin turut menghadiri acara ini.  
 
“Sebagai minuman sukan terkemuka di Malaysia, 100PLUS memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan inisiatif sukan yang dapat memberi inspirasi kepada komuniti supaya tidak menyerah kalah dalam usaha untuk mencapai impian mereka dan terus dahagakan kejayaan sebagaimana dilakukan oleh duta jenama,” kata Y.B. Khairy Jamaluddin. “Kemajuan sukan di Malaysia hanya akan tercapai dengan penaja serta jenama seperti 100PLUS yang terus menyokong dan membangunkan inisiatif remaja sebegini,” tambah beliau. 
 
Sempena kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan, 100PLUS telah menyampaikan sekeping cek bernilai lebih RM2juta kepada Y.B. Khairy Jamaluddin di sidang akhbar yang dianjurkan bagi menyokong program Bola Sepak Kebangsaan. 

 
     
 
Pelé pula telah berkongsi pengalaman luas beliau bersama Pasukan Bola Sepak Kebangsaan. Dinobatkan sebagai penjaring gol liga yang paling hebat di dunia, Pelé mendedahkan kejayaan dan dugaan sepanjang riwayat beliau di atas padang, menggalakkan atlit masakini dan akan datang untuk sentiasa “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” demi kejayaan. 100PLUS telah berhubung dengan penonton di seluruh negara melalui siaran langsung “Yang Hebat Dahagakan Cabaran” Team Talk bersama Pelé di laman web rasmi 100PLUS. Melalui siaran ini, para penonton turut berpeluang untuk menyertai sesi soal jawab bersama Pelé dengan menghantar soalan-soalan mereka melalui Twitter.  
 
Seramai seratus pemenang 100PLUS juga telah diberi peluang sekali seumur hidup untuk bertemu dengan Pelé dan Oscar melalui acara “Meet & Greet” eksklusif di Chinoz on the Park. Seorang pemenang bertuah telah menerima kejutan tambahan daripada 100PLUS apabila Oscar memilih satu kad dan pemenang bertuah tersebut memenangi memperkenalkan pemenang percutian ditanggung penuh ke United Kingdom bagi menyaksikan satu perlawanan Liga Perdana. 
 
“Yang Hebat Dahagakan Cabaran” adalah satu kempen seluruh negara yang menggalakkan warga Malaysia untuk mengatasi had mereka. 
 


«  Back