Legenda Bola Sepak, Pele dan Bintang Semakin Menyinar, Oscar Jr. Dilantik Sebagai Duta Jenama 100PLUS
Posted on 10 April 2015
 


100 pengguna bertuah berpeluang untuk bertemu Pele dan Oscar Jr.menerusi kempen seluruh negara

Pemain bola sepak paling hebat di dunia, Pele dan bintang bola sepak Brazil yang sedang mengukir nama, Oscar Jr. telah dilantik sebagai duta jenama 100PLUS untuk menerajui kempen “Dahagakan Cabaran” atau “Stay Thirsty”.

Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Encik Khalid Alvi, yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan yang membanggakan kerana ini adalah pelantikan bintang antarabangsa kali pertama bagi syarikatnya selaku pengeluar minuman ringan terbesar di negara ini.

“Pelantikan ini menandakan satu mercu kejayaan  yang penting dan membuka satu ‘era’ baru bagi jenama minuman kami yang menjadi ikon dan kami berbangga mengalu-alukan bintang-bintang bola sepak ini ke dalam keluarga F&N. Tema kempen “Dahagakan Cabaran” mencerminkan aspirasi jenama kami; yang mendorong seseorang untuk berusaha mengatasi segalanya dan sentiasa dahaga untuk menjadi yang lebih baik. Menerusi kempen ini, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya sama sekali tidak menyerah kalah dalam usaha untuk mencapai impian mereka dan terus mendahagakan kejayaan sebagaimana yang dilakukan oleh duta jenama,” tambahnya.

Untuk memperingati pelantikan duta antarabangsa ini, 100PLUS ‘Edisi Bola Sepak’ dengan wajah baru akan menemui pengguna pada bulan April. Reka bentuk edisi terhad istimewa ini boleh didapati dalam botol PET 500ml dan 1L PET, dan tin 325ml baru yang menarik untuk semua varian 100PLUS.

Kempen seluruh negara yang berlangsung dari 15 April hingga 31 Mei 2015, akan memberi peluang sekali seumur hidup kepada 100 pengguna bertuah mencapai impian mereka untuk bertemu dengan legenda bola sepak, Pele dan bintang baru, Oscar Jr. secara peribadi.



 
Untuk menyertai kempen ini, pengguna perlu mendapatkan pek edisi istimewa 100PLUS dan mengumpulkan gegelang penutup tin atau label bagi membolehkan mereka memenangi barangan eksklusif dengan tandatangan Pele dan Oscar Jr. – 20 gegelang atau 12 label melayakkan mereka memenangi set tin edisi bola sepak eksklusif manakala 80 gegelang atau 50 label membolehkan mereka menebus sehelai jersi Adidas. Lebih 1 juta barangan eksklusif ditawarkan untuk penebusan sepanjang kempen ini. Setiap penyertaan juga melayakkan pengguna mendapat peluang untuk menjadi salah seorang daripada 100 pemenang bertuah yang akan bertemu dengan bintang-bintang bola sepak tersebut secara peribadi. Butir-butir tentang promosi pengguna boleh didapati di laman www.100plus.com.my dan Facebook 100PLUS Malaysia.

“100PLUS bukan sahaja telah menguasai pasaran minuman minuman isotonik sepanjang 30 tahun yang lepas, tetapi juga telah menjadi minuman kegemaran ramai di negara kita. Dengan sokongan duta antarabangsa ini, kami yakin dapat membawa jenama 100PLUS melangkah lebih jauh dan memartabatkan kedudukannya di No.1 dalam negara ini dan meluaskan jangkauan kami ke seluruh rantau ini. Seperti yang dibuktikan oleh Pele dan Oscar Jr., laluan untuk sampai ke puncak kejayaan tiada nokhtah. Begitu juga kita yang sentiada dahagakan suatu kejayaan yang lebih besar!” kata Encik Khalid.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, F&N Beverages akan juga menganjurkan klinik bola sepak bersama Oscar Jr. sebagai lanjutan sokongannya kepada 100PLUS Super Cup dan Liga Kementerian Pelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

100PLUS dirumus khas untuk menghidratkan dan menggantikan bendalir dalam badan dengan cepat (lebih cepat daripada air), tenaga dan elektrolit yang hilang semasa bersukan dan aktiviti lasak, bagi membolehkan anda memberikan yang terbaik. Ia boleh didapati dalam empat varian yang menyegarkan,100PLUS Original, 100PLUS Lemon Lime, 100PLUS Orange dan 100PLUS Aqtiv.
 


«  Back