PELAJAR TERAJUI AKTIVITI HIJAU DALAM KEMPEN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH ANJURAN F&N BEVERAGES
Posted on 09 April 2015
 


 
Pulau Pinang – Lebih ramai pelajar bakal menyahut seruan ke arah pemeliharaan alam sekitar di negeri ini, serta menerajui perjuangan mengelakkan pembaziran melalui kempen kitar semula peringkat sekolah anjuran bersama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dengan fokus kepada falsafah 4R; Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse), Kitar Semula (Recycle) dan Fikir Semula (Rethink), kempen tahunan ini memasuki edisi keempat sejak penganjurannya bermula dalam tahun 2012. Ia mensasarkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan pelajar dan menerapkan budaya kitar semula di dalam dan luar bilik darjah.

Kempen empat bulan tersebut yang turut disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Tetra Pak Malaysia, akan berjalan mulai 15 April sehinggan 14 April 2015 dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah , serta pra-sekolah yang berada di bawah tadbiran MBPP. Kempen yang saban tahun dinanti-nantikan ini mencabar para peserta untuk mengumpul jumlah tertinggi bahan kitar semula seperti aluminium, plastik, kertas, dan sisa elektronik (e-waste), bagi mendapatkan ganjaran di akhir pertandingan.

Dalam majlis pelancaran kempen, Wan Nor Azira Mazlan, Pengurus Perhubungan Luar, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, mengumumkan ganjaran yang lebih besar ditawarkan kepada para pemenang pada tahun ini, iaitu berjumlah RM20,460.00 keseluruhannya.  

“Pendidikan adalah platform yang paling tepat bagi membudayakan anak-anak untuk mengitar semula. Melalui didikan awal dalam kesedaran pemeliharaan alam sekitar, kita sebenarnya memupuk tabiat berkekalan yang menjuruskan mereka untuk membuat pilihan lebih ‘hijau’ sehingga menjejaki alam dewasa dan membina masa depan yang lebih sihat untuk negara kita.  

Tahun lepas kami begitu kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh 94 buah sekolah termasuk daripada peserta baru daripada pra-sekolah. Sebanyak 88, 456 kg bahan kitar semula telah dikumpulkan, sebagai bukti bahawa anak-anak ini merupakan kuasa berpengaruh untuk memacu budaya kitar semula dan bangkit untuk mewujudkan Malaysia yang lebih hijau. Saya yakin semangat mereka ini akan terus subur dan menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah yang akan menyertai kempen tahun ini, serta bakal mencatat satu rekod baru,” menurut Azira.

Selama tiga tahun ia telah diadakan, kempen ini berjaya mendidik para pelajar, guru-guru dan juga iba bapa untuk menerapkan nilai-nilai 4R dan membuat pilihan yang lebih mesra alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga kini, kempen tersebut telah mencatatkan hampir 200, 000 kg  bahan kitar semula.

“Selain daripada anak-anak yang menjadi teraju bagi perubahan ke arah masa depan yang lebih bersih dan hijau, peranan guru-guru yang berdedikasi dalam menyemai budaya ini di kalangan mereka tidak kurang pentingnya. Tanpa dedikasi dan komitmen yang diberikan oleh mereka, usaha ini pasti menjadi sia-sia,” menurut Azira ketika melahirkan penghargaannya kepada golongan pendidik yang tidak jemu dalam menerapkan kesedaran untuk membudayakan kitar semula.
 
    
 
Pada tahun ini, sekolah rendah dan menengah bakal memenangi hadiah utama sebanyak RM1,400 bagi kutipan purata bahan kitar semula yang dikumpulkan di akhir kempen. Hadiah kedua adalah berjumlah RM1,300, manakala RM1, 200 bakal dimenangi oleh RM1,100 dan RM1,000. Hadiah saguhati berjumlah RM300 pula menanti pemenang tempat keenam hingga kesepuluh.  

Bagi peringkat pra-sekolah, hadiah utama adalah berjumlah RM500, manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang  RM400 dan RM300. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan akan memenangi hadiah saguhati berjumlah RM80.

Kategori sekolah rendah dan menengah juga akan berrtanding untuk empat anugerah khas yang bernilai RM700 setiap satu, bagi kutipan berat purata tertinggi bahan aluminium, plastik, e-waste dan TetraPak. Tiga anugerah khas juga ditawarkan  kepada pra-sekolah iaitu kutipan aluminium, plastik, dan Tetra Pak tertinggi, di mana setiap satu berjumlah RM300.

Tahun lepas, pendatang baru dan pemenang bagi kategori pra-sekolah,  Tadika SK Jalan Hamilton mencuri tumpuan apabila mengutip jumlah yang membanggakan iaitu sebanyak  46.2kg setiap murid. SK Perempuan Island pula merangkul hadiah utama kategori sekolah rendah dengan kutipan purata sebanyak 39.8kg setiap pelajar, dan menggandakan kutipan sehingga 250 peratus berbanding tahun 2013. Manakala juara kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Padang Polo

Kempen edisi 2015 ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Bandaraya, Ir. Ang Aing Thye. Ia bakal diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang dijangka bakal dijalankan dalam bulan September.

“Kami berbangga kerana sekali lagi dapat bergandingan dengan MBPP untuk tahun yang keempat. Tahun ini adalah lebih istimewa memandangkan Pulau Pinang telah pun mencapai status Bandaraya dan menampilkan Datuk Bandar wanita yang pertama. Sebagai salah satu daripada destinasi pilihan pelancong di negara ini, Pulau Pinang menjadi contoh atas usahanya untuk menerapkan budaya yang lebih hijau di kalangan penduduk. Kami berharap melalui usaha ini, kami juga berpeluang untuk memainkan peranan dalam mengekalkan kebersihan dan keindahan bandaraya ini,” menurut Azira.

 


«  Back