NICOL ATLET TERBAIK ANUGERAH SAM-100PLUS
Posted on 19 March 2015
 


 
Ratu Squash Dunia, Datuk Nicol Ann David menyandang gelaran Atlet Terbaik untuk kali ketiga dalam Anugerah SAM-100PLUS. Beliau sebelum ini merangkul gelaran tersebut pada tahun 2005 dan 2007.

Majlis anugerah tersebut berlangsung di Hilton Petaling Jaya dan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang turut menyampaikan anugerah utama tersebut. Namun Nicol yang berada di luar negara telah diwakili oleh bekas rakan sepasukannya, Sharon Wee.

SAM atau Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia telah berganding dengan 100PLUS dalam menganjurkan majlis anugerah berprestij tersebut sejak tahun 2003. Tahun ini merupakan tahun ke-12 bagi anjuran bersama SAM-100PLUS.

Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia ditubuhkan bagi membolehkan para wartawan sukan untuk mengundi atlet pilihan mereka, dan setiap ahli diberikan satu undian. Atlet yang menerima undian tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.
 
    
 

Walau bagaimanapun, objektif utama anugerah tersebut juga adalah untuk mengiktiraf pencapaian wartawan sukan, sama ada media cetak atau elektronik dalam menyampaikan laporan sukan yang berkualiti tinggi.

SENARAI PEMENANG :

1. Laporan Berita Terbaik - Cetak- Mohd Ikhsan Firdaus Azmi,  Kosmo!

2. Laporan Berita Terbaik - Electronik - Hasnida Hanim Ahmad Kamil dan Mohd Suhaili Sulaiman, TV3

3. Ulasan Sukan Terbaik – Cetak - Haresh Singh, The Malay Mail

4. Ulasan Sukan Terbaik - Elektronik - Ku Mohd Lufti Ku Yahya dan Japeridin Sampol, RTM

5. Laporan Khas Terbaik - Mohd Rizal Hashim - Astro Digital Publication

6. Fotografi Terbaik - Mohd Hizami Roslan, asiana.my

7. Anugerah Utama Kewartawanan - Mohd Rizal Hashim - Astro Digital Publication

8. Atlet Muda Terbaik – Muizzuddin Musyaffa Abdul Ghafar

9. Atlet Terbaik - Datuk Nicol Ann David



 


«  Back