SAMBUTAN BERGANDA BAGI WARGA EMAS
Posted on 07 March 2015
 


F&N Beverages rai 18 penghuni Home of Love dengan jamuan Tahun Baru Cina

Kuching, Sarawak – Perayaan Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna bagi Lau Lu Soon, 74 tahun, dan Bong Lee Kiau, 68 tahun, kerana kedua-duanya menyambut hari jadi dalam suasana yang sungguh meriah dan jamuan Tahun Baru yang dianjurkan oleh pengeluar minuman ringan terkenal di Malaysia, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Hari yang menggembirakan itu pasti sukar dilupakan oleh dua warna emas tersebut, yang menyambut perayaan berganda bersama 16 rakan mereka dari rumah perlindungan orang tua Home of Love di Kuching, dalam jamuan yang dianjurkan oleh kakitangan F&N Beverages sempena Tahun Baru Cina dan hari jadi mereka.

Jamuan makan tengah hari Tahun Baru Cina di rumah orang tua di Jalan Emerald, Kuching,adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat tahunan F&N Beverages yang telah dianjurkan sejak 14 tahun yang lepas.
 
Perayaan dimulakan dengan sarapan pagi untuk penghuni yang disediakan di situ oleh kakitangan FNBM sendiri.  Sambil menikmati sarapan, mereka dihiburkan oleh seorang penyanyi, disusuli oleh sesi menyanyi karaoke dan menari.

Seorang demi seorang penghuni rumah pengasih mengambil giliran untuk menunjukkan bakat vokal masing-masing dengan menyanyi sepuas hati. Lagu-lagu lama pujaan ramai, kebanyakannya lagu Cina, menjadi pilihan utama mereka.

Untuk menghidupkan semangat Tahun Baru Cina, kakitangan F&N Beverages menyampaikan angpau dan beg hadiah berisi produk F&N, limau mandarin dan barang keperluan kepada setiap penghuni.

 
  
 
Dalam ucapan di majlis jamuan itu, Timbalan Pengurus Operasi – Sarawak, F&N Beverages, Encik Tan Swee Kee, berkata bahawa beliau gembira kerana F&N Beverages dapat berkongsi keceriaan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Lawatan ini adalah sangat bermakna bagi kami dan juga bagi penghuni rumah ini. Tahun Baru adalah masa untuk bergembira bersama keluarga, tetapi kita juga tidak seharusnya melupakan mereka yang tidak dapat merayakannya disebabkan kesulitan yang mereka hadapi.Oleh sebab itu, kami teruja kerana dapat menghabiskan bersama penghuni Home of Love dan kami harap kehadiran kami sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka,” tambahnya.

Encik Tan juga menyampaikan sumbangan termasuk barangan makanan, peralatan pembersihan dan keperluan penjagaan diri kepada Home of Love.  Cabutan bertuah juga diadakan, membolehkan penghuni menerima hadiah menarik.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Home of Love, Encik Law Kern Wan, mengucapkan terima kasih kepada F&N Beverages kerana menganjurkan perayaan Tahun Baru Cina yang begitu istimewa untuk penghuni.

“Penghuni seronok menyanyi dan menikmati sajian lazat yang dimasak dengan kasih sayang oleh kakitangan F&N Beverages sendiri. Paling penting, mereka merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat semula. Oleh sebab ramai antara penghuni ini adalah daripada golongan gelandangan, perayaan ini membantu menyedarkan mereka bahawa masyarakat di sekeliling mereka prihatin dengan nasib mereka,” tambahnya.

Doris Teo, 55 tahun, adalah antara penghuni yang tidak sabar menantikan kujungan F&N Beverages. “Saya memang menanti-nantikan perayaan ini kerana keadaan di rumah ini sangat sunyi sepi. Sudah tentulah lawatan kakitangan F&N Beverages ini menceriakan saya. Kedatangan mereka sangat istimewa bukan sahaja disebabkan hadiah dan ang pau yang kami terima, tetapi juga sajian makanan lazat yang disediakan untuk kami. Ia mengembalikan kenangan kepada rumah kami dan bagaimana keluarga kami masak makanan yang lazat untuk kami,” tambahnya.

Bagi Ping Suk King, acara yang paling disukainya ialah sesi karaoke. “Saya suka menyanyikan lagu kegemaran saya, lebih-lebih lagi bersama kawan-kawan di sini. Ia sungguh menyeronokkan! Suara penyanyi yang menghiburkan kami juga merdu dan kami semua terhibur,” kata warga emas yang berusia 69 tahun ini.

Sebaik sahaja kek hari jadi yang besar dibawa keluar, kakitangan F&N Beverages mengiringi Encik Lau dan Cik Bong ke depan untuk meniup lilin dengan bantuan rakan penghuni yang lain. Detik itu pasti terpahat dalam ingatan apabila semua yang hadir menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada kedua-duanya.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, F&N Beverages juga mengunjungi rumah warga tua Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagiadi Ipoh, Perak, untuk menceriakan penghuninya.

Ditubuhkan pada 2008, Home of Love menjaga 18 penghuni, yang kebanyakannya merempat di kaki jalan sebelum diambil oleh rumah pengasih ini. Setengahnya tidak mempunyai dokumen pengenalan yang sewajarnya dan tidak mempunyai ingatan yang jelas tentang identiti mereka.

Rumah kebajikan ini juga bekerjasama rapat dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyiasat latar belakang penghuni, mendapatkan identiti mereka dan menyediakan dokumen yang perlu. Ada penghuni yang berjaya ditemukan semula dengan keluarga mereka selepas identiti mereka dikenal pasti.


«  Back