KECERIAAN PERAYAAN UNTUK WARGA EMAS
Posted on 06 March 2015
 


F&N Beverages rai 58 warga tua dalam jamuan makan tengah hari Tahun Baru Cina

Ipoh, Perak – Sajian masakan Cina yang lazat, limau mandarin serta aneka minuman F&N yang digemari ramai menceriakan 58 penghuni rumah Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia, mengukir senyuman di wajah setiap seorang daripada mereka, yang diraikan oleh rakan-rakan dari F&N Beverages Marketing Sdn Bhd sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jamuan makan tengah hari Tahun Baru di rumah kebajikan di Jalan Gopeng, Ipoh itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat F&N Beverages yang dianjurkan oleh pengeluar minuman ringan terbesar di negara ini sejak 14 tahun yang lepas.

Persembahan tarian singa memulakan perayaan dengan iringan pukulan gendang, simbal dan gong, sebagai mengalu-alukan Tahun Baru yang diharap membawa tuah kepada penghuni rumah kebajikan. Selepas itu, seorang demi seorang penghuni mengambil giliran untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka dalam sesi karaoke, yang diaturkan oleh F&N Beverages. Suasana menjadi lebih meriah dengan gelagat penghuni yang menyanyi dan menari, kerana menyanyi karaoke memang menjadi kegemaran mereka.

Selepas bersuka ria, penghuni dan tetamu menjamu selera dengan pelbagai sajian lazat, lengkap dengan upacara tradisional melambung yee sang.  Kakitangan F&N juga mengagihkan ang pau dan beg hadiah yang berisi produk F&N, limau mandarin dan barang keperluan kepada penghuni.

Dalam ucapan di majlis jamuan makan tengah hari itu, Encik Chen Vong Fuei, Pengurus Jualan – Ipoh, F&N Beverages, berkata bahawa lawatan ke rumah warga tua itu adalah sangat bermakna bagi mereka kerana mereka dapat memahami kepayahan hidup penghuni dan memberikan sedikit sumbangan untuk menceriakan perayaan Tahun Baru mereka.
 

“Tahun Baru Cina adalah masa untuk menyatukan keluarga dan juga masa yang penting untuk generasi muda menghargai generasi tua. Malangnya, bukan semua penghuni rumah ini dapat menyambut perayaan tahun ini bersama keluarga mereka atau menyertai tradisi perayaan. Oleh itu, kami harap perayaan kecil pada hari ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat dan menceriakan mereka,” tambahnya.

Encik Chen juga menyampaikan sumbangan barang keperluan seperti bekalan makanan, produk dandanan diri dan hadiah lain kepada Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia. 
 
   

Persatuan Kebajikan Warga Tua Seri Bahagia menerima warga tua Cina yang kurang upaya untuk menyara dan menjaga diri mereka sendiri. Buat masa ini, ia memberi perlindungan kepada 58 penghuni berumur antara 66 hingga 90 tahun, dengan bantuan lapan pembantu.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini, F&N Beverages juga mengunjungi rumah orang tua Home of Love di Kuching, Sarawak.
  




«  Back