DANIELLE DAN SYAHIDAN DINOBAT PELARI TERBAIK 100PLUS OUTRUNNER 2015
Posted on 27 January 2015
 


 
Danielle Nant dan  Mohd Syahidan Alias muncul sebagai juara dalam acara saingan larian 100PLUS yang diadakan sempena ‘Race Against the Machines (RATM) yang julung kali diadakan pada 24 Januari 2015.

Danielle merupakan pelari terpantas dalam kategoru terbuka wanita 12KM, dengan catatan masa 56.06, manakala Syahidan adalah juara kategori terbuka lelaki dengan masa 44:54 dicatatkan. Perlumbaan tersebut telah dilepaskan oleh Khalid Alvi, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. bersama Baskorohadi Sukatmo, Pengurus Besar Pemasaran, dan Jenny Wong, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.
 
 


 “Acara 100PLUS Outrunner ini merupakan kali pertama 100PLUS mengadakan acara lariannya, dan mencatat sejarah dalam senarai pencapaian-pencapaian yang pertama bagi kami. Ia merupakan acara larian yang pertama seumpamanya di dunia, di mana ‘drone’ terlibat secara aktif dalam larian. Ia juga merupakan kali pertama kami mempromosikan acara dengan hanya menggunakan platform media sosial. Dalam masa hanya dua minggu juga acara ini berjaya mengumpul  10,000 peserta. Kami amat menghargai pelanggan kami yang memberikan maklumbalas yang menggalakkan serta sokongan yang diterima dalam menjalankan acara ini,” menurut Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

“100PLUS telah lama menyemaikan mesej kepada rakyat Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka, dan mencabar diri mereka untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Bagi acara 100PLUS Race Against the Machines ini, kami memberikan kelainan dengan membuat mereka seperti benar-benar lari menyelamatkan diri daripada ‘drone’ di udara yang mengejar mereka dalam laluan yang ditetapkan. Kami berharap mereka mendapat pengalaman yang sukar dilupakan, dan kami berharap untuk mengadakan acara seumpama ini pada masa hadapan,” katanya lagi.

Larian RATM sejauh 6km adalah acara larian pertama di dunia menyerupai permainan video dalam persekitaran hidup sebenar – para peserta terpaksa mengelak, menyembunyikan diri dan menewaskan pesawat dron kawalan jauh yang dilepaskan untuk “memburu” mereka dalam kegelapan malam.

Pelari yang mendaftar untuk larian sejauh 6km ini diberi kod bar untuk dipaparkan pada bib perlumbaan masing-masing, dan tiga “Nyawa”. Objektif mereka adalah untuk sampai ke garisan penamat dengan baki sekurang-kurang satu Nyawa. Dengan empat pesawat dron mengejar mereka, larian untuk menyelamatkan diri bukan satu tugas yang mudah.

Setiap pesawat dron dilengkapi lampu sorot dan kamera video definisi tinggi, dengan enam kipas atau berkuasa elektrik untuk membantunya terbang hingga 57km/j. Pelari akan kehilangan satu Nyawa setiap kali kod bar mereka diimbas atau “dirakam” semasa perlumbaan manakala mereka yang membawa 100PLUS botol baru lebih cengkaman sepanjang perlumbaan diberi satu Nyawa sebagai bonus.

Larian RATM telah menarik 3,000 peserta dan bukan it sahaja. Ia juga membenarkan peserta beraktif di rumah dan digelar sebagai “Drone Master”.

Drone Master diberi peluang untuk mengendalikan kamera pesawat dron di Putrajaya dalam keselesaan rumah mereka sendiri. Setiap Drone Master mempunyai 25 peluang untuk melepaskan “tembakan” kamera atau pengimbas ke arah pelari dan mengambil sebanyak mungkin gambar kod bar tercetak pada baju pelari. 
 
   

 

 
Seramai 100 pelari pertama yang sampai ke garisan penamat dalam keadaan masih “hidup” menerima hadiah misteri, pingat dan sijil manakala 30 Drone Master terbaik juga akan menerima hadiah.

100PLUS adalah minuman isotonik pertama yang dilancarkan di Malaysia. Ia adalah minuman isotonik tanpa kafeina untuk menghilangkan dahaga yang dirumus khas untuk membantu memulihkan tenaga badan yang hilang semasa kegiatan fizikal dan menghidratkan semula badan ke tahap optimum. Formulanya yang unik menggabungkan bendalir, karbohidrat, dan elektrolit untuk penyerapan bendalir ke dalam badan dengan cepat dan cekap.

Baru-baru ini, ia memperkenalkan 100PLUS botol baru lebih cengkaman, yang direka bentuk untuk gaya hidup aktif. Botol baru ini lebih langsing dan juga lebih ringan dengan penggunaan plastik yang lebih rendah, iaitu sebanyak 17%.

100PLUS adalah satu daripada jenama terkenal di bawah naungan F&N di Malaysia. Ia dikeluar dan diedarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang acara 100PLUS Outrunner dan Race Against the Machines, sila ke laman web www.100plus.com.my/ratm.




KEPUTUSAN LARIAN KOMPETITIF

WANITA

12KM TERBUKA (16 tahun ke atas)

1.    Danielle Nant 56:06
2.    Megumi Keshiba 56:34
3.    Yeam Sui Phin 1:02:36


9.3KM TERBUKA (16 tahun ke atas)

1.    Kim Khoo 41:17
2.    Melissa Lim 42:23
3.    Looi Mei Yan 43:59


LELAKI

12KM TERBUKA (16 tahun ke atas)

4.    Mohd Syahidan Alias 44:54
5.    A. Kathiravan 47:36
6.    Ong Wei Sheng 51:06

12KM VETERAN (40 tahun ke atas)

7.    Mark John Williams 43:09
8.    Casey Lim 45:41
9.    Jeffrey Ross 46:08

9.3KM TERBUKA (16 tahun ke atas)

4.    Soh Wai Ching 34:04
5.    Chua Chun Yeen 38:30
6.    Mohd Azizi Fazlin Shah38:36
 


«  Back