F&N BEVERAGES UKIR SENYUMAN SEMPENA HARI NATAL
Posted on 19 December 2014
 


Kakitangan FNBM bersama penghuni Rumah Salvation Army Boy's bergembira di The Spring, Kuching

 
Kakitangan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. umpama pembantu-pembantu Santa apabila mereka sama-sama menghulurkan kasih-sayang dan memastikan anak-anak di Rumah Salvation Army Boys dapat menguntum senyuman gembira pada sambutan Hari Natal ini.

Sebagai satu amalan tradisinya, syarikat tersebut membawa 33 kanak-kanak lelaki daripada rumah perlindungan tersebut, bagi menikmati kegembiraan membeli-belah sempena Hari Natal di pusat membeli-belah The Spring, Kuching.
 
Lampu yang berkilauan, pokok Krismas yang dihias indah serta lagu-lagu perayaan tersebut yang melatari suasana, menyemarakkan lagi keceriaan mereka yang masing-masing bergegas menelusuri sekitar gedung membeli-belah Parkson, memilih hadiah Hari Natal mereka dengan penuh keterujaan.

Mungkin ia satu pemandangan biasa bagi kebanyakan orang, tetapi pengalaman berharga ini merupakan sesuatu yang akan diingati oleh anak-anak berusaia enam hingga 20 tahun ini sehingga bertahun-tahun akan datang.

Dengan berbekalkan RM200 setiap seorang, yang disumbangkan oleh  F&N Beverages, anak-anak tersebut membelek-belek barangan seperti pakaian, kasut, dan juga kelengkapan untuk kembali ke sekolah, serta dibantu oleh ‘makcik’ dan ‘pakcik’ daripada F&N Beverages and Parkson.

Cariessa Goh, Pengurus Perhubungan Korporat  F&N Beverages menyatakan keseronokan beliau yang tak terhingga kerana dapat berkongsi kegembiraan sempena perayaan tersebut dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Hari Natal adalah waktu untuk kita saling memberi dan begitu dinanti-nantikan oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Ketika kita semua dapat meraikannya bersama mereka yang tersayang serta dikelilingi hadiah-hadiah dan hidangan yang lazat, kita harus mengingati mereka yang tidak dapat menyambutnya dengan ceria, atas kesukaran yang mereka hadapi.”

Saban tahun, kami bersyukur inisiatif aktiviti kemasyarakatan sempena perayaan sebegini dapat memberi perubahan kepada ramai anak-anak yang kurang bernasib baik, dan membawa keceriaan musim perayaan ini kepada mereka,” tambahnya lagi.
 
   

Kegembiraan mereka pada hari itu tidak terhenti begitu sahaja. Selepas menikmati makan tengahari yang enak, syarikat tersebut membawa mereka menonton filem animasi  ‘Penguins of Madagascar’. Kemudian beg yang penuh berisi hadiah daripada F&N, set alat tulis, alatan matematik, buku cerita, dan tali leher telah diagih-agihkan kepada anak-anak tersebut.

Walaupun pada mulanya agak malu-malu, Nelson Kon Yu Young memberanikan diri dan menyatakan kegembiraannya dapat menikmati waktu-waktu berharga bersama F&N Beverages.

“Saya berada jauh daripada ibu saya pada Hari Natal, tetapi rumah ini sentiasa memastikan kami menikmati perayaan ini sepenuhnya. Tahun ini lebih istimewa bagi saya kerana berpeluang membeli-belah untuk diri saya sendiri,” anak berusia 11 tahun ini berkata, sambil dengan bangganya menunjukkan barangan yang dibelinya; baju baru dengan warna kegemarannya, serta sepasang seluar dan kasut.

Manakala bagi Eji Layang, 12 tahun, For twelve-year-old, Eji Layang, hari membeli-belah itu sangat bersesuaian dengan musim persekolahan baru yang bakal bermula pada bulan hadapan.

“Saya begitu gembira apabila diberitahu kami akan dibawa untuk membeli pakaian sempena Hari Natal. Memandangkan saya akan memasuki Tingkatan 1 tahun hadapan, saya membuat keputusan untuk menggunakan sebahagian wang yang diberikan untuk membeli pakaian sekolah yang baru. Selain itu, kami juga menerima beg yang dipenuhi hadiah Hari Natal,” kata remaja tersebut yang berasal dari Serian.  

Menurut Major Mary Ng, Superintenden di Rumah Salvation Army Boys, sebahagian daripada anak-anak itu tidak lagi mempunyai ibu-bapa, dan ada juga yang berasal daripada keluarga yang menghadapi kesukaran hidup. Oleh itu, saban tahun, Hari Natal disambut mereka di rumah perlindungan itu.

“Mereka benar-benar gembira di sepanjang hari ini, dan sangat teruja apabila dapat memilih sendiri pakaian mereka mengikut warna kegemaran dan menepati saiz mereka, sedangkan pada kebiasaannya mereka hanya  menerima apa sahaja pakaian yang diberikan oleh penderma.

Saya ingin melahirkan sejuta penghargaan kepada F&N Beverages kerana menceriakan hari ini untuk anak-anak kami. Budi baik yang dikongsi oleh kakitangan F&N Beverages benar-benar membuatkan anak-anak ini menikmati musim perayaan ini dengan sepenuhnya,” kata beliau.

Selepas menonton wayang, anak-anak itu mengucapkan selamat tinggal dan pulang bersama senyuman lebar terukir di wajah mereka.

“Aktiviti hari ini membolehkan kami mendekati anak-anak ini dan menunjukkan bahawa kami juga mengambil berat tentang mereka. Kebajikan kanak-kanak merupakan antara agenda penting bagi F&N Beverages, dan kami berharap untuk terus mencipta memori indah buat mereka yang kurang berkemampuan serta memberi mereka peluang untuk menikmati kehidupan harian senormal mungkin, yang diambil ringan oleh kebanyakan antara kita,” kata Cariessa.
 


«  Back