Perjuangan Kemerdekaan Dihayati Kembali
Posted on 03 September 2014
 

28 anak yatim sertai program kepimpinan anjuran F&N Beverages di Muzium Tentera
 


Satu pengalaman yang membuka mata apabila 28 anak-anak daripada Rumah Kebajikan Anbu Illam dan Shelter Home 3 disambut dengan  medan perang dipenuhi dengan meriam, kereta kebal, dan jet pejuang, sebaik menjejakkan kaki di Muzium Tentera Port Dickson untuk pertama kali.

Lawatan tersebut merupakan lanjutan daripada program pendidikan dan pembangunan oleh F&N Beverages, dan ia bertujuan menyelitkan perspektif sejarah dalam perjalanan negara ini ke arah kemerdekaan, serta menerapkan ketaatan sebagai rakyat dan mempupuk semangat patriotik di kalangan anak-anak tersebut. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Leaderonomics Youth, dan telah memberi manfaat kepada 875 rumah penjagaan anak-anak kurang bernasib baik sejak tahun 2000.

“Pengajaran berkenaan sejarah dapat memperkasa identiti nasional di kalangan rakyat yang lebih muda. Ia membantu mereka menghayati nilai ketaatan sebagai rakyat dan memupuk semangat patriotik. Maka, tema program kepimpinan yang dijalankan pada kali ini kami sesuaikan dengan  sambutan Kemerdekaan, dengan matlamat memberi kefaham berkenaan  peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan,” menurut Cariessa Goh, Pengurus Perhubungan Korporat, F&N Beverages. ¬

Program tersebut tambah menarik apabila anak-anak tersebut dibawa melawat dengan simulasi gaya tentera. Mereka dibahagikan kepada empat skuad, dan diminta untuk melantik seorang Korporal sebagai ketua kumpulan dan melapor diri kepada salah seorang kakitangan F&N yang merupakan Sarjan memerintah.   

Setiap skuad diberi misi berbeza dan perlu diselesaikan pada setiap stesen atau seksyen dalam muzium tersebut. Misi tersebut setiap satunya begitu mencabar, dan memerlukan kerjasama, pasukan, kepimpinan dan iltizam daripada setiap ahli.

 
 
 
Lawatan tersebut membawa mereka mengenali zaman Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan Portugis dan Belanda, penubuhan Askar Malaya, dan juga melalui terowong bawah tanah yang digambarkan seperti mana tempat persembunyian komunis yang wujud kira-kira 80 tahun lalu.

“Begitu banyak dapat dipelajari daripada sejarah negara ini. Mereka yang terdahulu daripada kita telah menempuhi pelbagai dugaan dalam perjuangan tanpa lelah dalam memerdekakan negara ini. Oleh itu ia adalah penting bagi anak-anak ini untuk mengenali tokoh-tokoh pejuang nasional. Ini membolehkan mereka mencontohi dan menyanjung semangat terpuji di kalangan tokoh tersebut dan meningkatkan perasaan bangga terhadap negara.”

“Melalui program ini, kami berharap anak-anak ini dapat mempelajari kemahiran dalam kepimpinan dan kebolehan untuk bekerja secara berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Apa yang lebih kami inginkan adalah memberi inspirasi kepada anak-anak ini agar tidak mudah menyerah dan tidak menjadikan kekurangan diri mereka sebagai penghalang dalam usaha mereka untuk berjaya, sebagaimana pejuang kemerdekaan Malaysia,” tambah Cariessa.


«  Back