Ramadhan Lebih Bermakna Bagi 65 Kanak-kanak Istimewa
Posted on 05 July 2014
 


F&N Beverages raikan pelajar keperluan khas dari S.K. Taman Bukit Subang dan S.K. U3 dengan jamuan berbuka puasa

 

Pelbagai tekanan dan cabaran perlu dihadapi oleh pelajar di zaman ini. Masa mereka dipenuhi dengan kerja rumah, peperiksaan dan aktiviti kokurikulum sebaik memasuki alam persekolahan pada usia tujuh tahun.  Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, tekanan alam persekolahan adalah berlipat ganda dengan pelbagai kekurangan keupayaan pembelajaran yang dihadapi mereka.


Para pelajar keperluan khas di S.K. Taman Bukit Subang dan S.K. U3 bernasib baik kerana mendapat bantuan yang diperlukan menerusi program Bilik Integrasi Sensori F&N dan telah menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya dua tahun selepas penubuhannya.

 
F&N Beverages Marketing Sdn Bhd meneruskan lagi usaha murninya dengan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk meraikan pencapaian 65 kanak-kanak keperluan khas dari kedua-dua sekolah tersebut. Senyuman lebar di wajah mereka menggambarkan kegembiraan yang dirasai memandangkan kebanyakan mereka baru pertama kali berpeluang menikmati jamuan sedemikian  di Hotel Concorde Shah Alam.  

 
Para pelajar yang berumur antara tujuh hingga 14 tahun ini bukan sahaja dapat menikmati juadah berbuka puasa yang lazat, bahkan mereka juga hadiahkan baju Raya serba baru, lengkap dengan songkok dan selendang, serta duit raya,  sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.


Untuk menjadikan jamuan pada tahun ini lebih bermakna, ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama F&N Beverages’ ke-11 bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pelajar program Bilik Integrasi Sensori F&N tetapi juga kepada 27 pendidik dan ahli terapi deria atas dedikasi mereka yang tidak berbelah-bahagi.


 

 
“Saya amat bangga untuk berkongsi bahawa selepas hampir dua tahun, kanak-kanak yang mendaftar dalam program ini telah menunjukkan kemajuan positif.  Seramai 65 kanak-kanak ini menjadi kebanggaan kami, dan mereka menjadi contoh manfaat yang boleh didapati oleh pelajar berkeperluan khas daripada Bilik Integrasi Sensori. Oleh itu, majlis ini adalah untuk meraikan mereka serta guru, jurulatih, dan ahli terapi deria yang tidak pernah mengenal penat atau jemu untuk membimbing mereka,” kata Cariessa Goh, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages.

 
­Kanak-kanak ini bergilir-gilir naik ke pentas dengan gembira, sesetengahnya dipimpin oleh guru mereka, untuk menerima hadiah daripada Pengerusi Fraser & Neave Holdings Bhd, Tengku Syed Badarudin Jamalullail. Selepas menerima hadiah masing-masing dan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi F&N, mereka bergegas kembali ke tempat duduk masing-masing untuk melihat apa yang dimuatkan dalam setiap beg.

 
“Saya benar-benar percaya bahawa peranan paling penting yang boleh kami mainkan adalah untuk menjadi sumber sokongan dan galakan kepada kanak-kanak ini.  Tidak ada yang lebih bermakna kepada seorang kanak-kanak selain mengetahui bahawa mereka disayangi dan tidak sama sekali dilupakan.  Inilah tujuan utama majlis berbuka puasa kami setiap tahun dan kami berharap untuk mengekalkan tradisi ini selama bertahun-tahun yang akan datang,” kata Cariessa.

 
F&N Beverages membuka Bilik Integrasi Sensori F&N ketiganya di S.K. Taman Bukit Subang pada tahun 2012.  Pusat ini turutmenerima pelajar dari S.K. U3, serta dilengkapi perkakas terkini dan peralatan yang sesuai untuk terapi integrasi sensori. Menerusi program ini, F&N menganjurkan latihan yang berkaitan untuk guru dan ibu bapa dan membuat penilaian dari masa ke masa dengan bantuan ahli terapi deria untuk menentukan kemajuan pelajar.  Setakat ini, F&N Beverages telah melabur lebih RM300,000 dalam inisiatif ini.

 


 


«  Back