Meneruskan Tradisi, Menyemai Budaya Memberi
Posted on 20 July 2013
 
F&N Beverages berbuka puasa bersama anak-anak Rumah Al-Munirah

Tidak seorang kanak-kanak pun patut ditinggalkan. Namun, impian murni ini menjadi semakin sukar untuk dicapai meskipun dunia semakin maju dan moden.
   
Kita bernasib baik kerana masyarakat kita tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Setiap sumbangan daripada orang ramai dan juga syarikat korporat, sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan, akan membantu menjadikan kita masyarakat prihatin.

Anak-anak yatim dan kanak-kanak miskin tidak terkecuali daripada senarai mereka yang sangat mengharapkan dan memerlukan sumbangan daripada masyarakat. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia dan Hari Raya yang akan tiba.

Meneruskan komitmennya untuk menyemaikan budaya membantu golongan yang kurang bernasib baik, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd meraikan kanak-kanak dari Rumah Al-Munirah di Klang dengan jamuan “Buka Puasa” sebelum menyampaikan hadiah untuk perayaan Aidilfitri.

Majlis Berbuka Puasa Bersama F&N Beverages adalah satu acara tahunan yang kini memasuki tahun kesepuluh. “Kami tidak sekadar memberi anak-anak ini barangan yang mereka perlukan. Peranan lebih penting yang harus kami mainkan ialah menyokong dan memeberikan galakkan membina seikhlas mungkin kepada mereka,” kata Cariessa Goh, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages.

“Inisiatif seumpama ini telah kami laksanakan selama sepuluh tahun dan kami berharap untuk meneruskan budaya korporat positif ini untuk tahun-tahun  yang mendatang,” tambah Cariessa.

Rumah Al-Munirah memberi perlindungan dan sokongan kepada anak-anak yatim dan anak-anak mangsa keruntuhan rumahtangga dari sekitar Kampung Johan Setia dan kawasan Klang.

Selain menyediakan keperluan asas, rumah kebajikan ini berhasrat untuk membimbing anak-anak di bawah jagaannya menjadi orang dewasa yang berdikari dan berguna kepada masyarakat.

“Rumah ini ingin menyediakan persekitaran yang paling positif untuk mereka membesar, belajar dan bercampur-gaul. Kami memberi penekanan paling penting kepada pendidikan secara berterusan dan juga latihan serta kemahiran asas untuk anak-anak ini membesar menjadi anggota masyarakat yang boleh berdikari dan berjaya,” kata Tuan Haji Mohd. Termizi b. Ismail, Pengerusi Rumah Al-Munirah.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad pada bulan November 2012, terdapat sebilangan besar belia yang masih belum mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum mereka meninggalkan sekolah. Beberapa faktor yang dikatakan menjadi puncanya ialah kesihatan, tidak sabar untuk bekerja dan kurang minat untuk belajar.

“Sentiasa terdapat tarikan di kalangan kanak-kanak untuk melupakan pelajaran supaya mereka dapat bekerja dengan secepat mungkin dan meringankan beban kewangan. Kami sama sekali tidak menggalakkan idea ini; kerana itu, sokongan dan kerjasama daripada syarikat seperti F&N Beverages dapat membantu memastikan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak ini sentiasa terjaga supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pelajaran masing-masing dan tidak perlu merisaukan tentang wang dan makanan,” jelas Hj. Mohd Termizi.

Menjelaskan lebih lanjut tentang sokongan pendidikan, Cariessa berkata bahawa F&N telah sekian lama memperjuangkan prinsip yang sama, dengan matlamat untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar. F&N Beverages Marketing juga menderma buku bernilai RM40,000.00 untuk kanak-kanak Rumah Al-Munirah bagi menggalakkan mereka membaca dan menggunakan kemudahan perpustakaan yang disediakan di rumah tersebut.

“Kami percaya interaksi berterusan dengan mereka akan membantu memberi galakkan kepada anak-anak ini dan mengingatkan mereka tentang pentingnya mendapat pelajaran sempurna. Dengan berkongsi pengalaman dan cerita, kami berharap kami dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih tekun dan cemerlang dalam pelajaran masing-masing,” kata Cariessa. 

Mengenai Rumah Al-Munirah

Ditubuhkan pada tahun 2005, Rumah Al-Munirah diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah. Menyerahkan kepercayaan kepada 14 orang kakitangan, dan memberikan bantuan kepada lebih 80 kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun, Rumah Al-Munirah bergantung sepenuhnya kepada derma dan sumbangan daripada orang ramai.

Rumah ini sentiasa memerlukan dan mengalu-alukan sumbangan, daripada barangan makanan, alat tulis, keperluan penjagaan diri dan wang tunai. Mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rumah Al-Munirah menerusi telefon 03-3324 7758. Cek boleh dibuat atas nama Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah dan dimasukkan ke dalam akaun  5626 4720 1075 (Maybank), 1204 0001 9947 15 (Muamalat), atau 1248 – 0000295 – 10 – 2 (CIMB).  

Mengenai F&N Beverages Marketing Sdn Bhd
F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (FNBM) dan F&N Beverages Manufacturing Sdn Bhd (FNBMfg) (secara kolektifnya dikenali sebagai F&N Beverages) kedua-duanya membentuk bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd. F&N Beverages adalah pengedar dan pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia dan mempunyai tenaga pekerja seramai kira-kira 1,400 pekerja di 23 buah pejabat di seluruh negara. Syarikat mengendalikan lima kilang pengeluaran di seluruh negara, termasuk sebuah kilang serba canggih di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor. FNBM mengedar produk-produk yang terdiri daripada jenama 100PLUS, F&N Fun Flavours, SEASONS, myCola, Fruit Tree, Air Mineral Ice Mountain serta Kordial F&N. F&NBM juga turut mengedar produk Red Bull di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fnbm.com.my


«  Back